Awal Ashaari hina warga Sabah? PANAS

Pada: Ahad, 3 Julai 2016
Awal Ashaari ada membuat satu kenyataan bergurau dilaman sosial Instagram miliknya dengan mengeluarkan perkataan 'bah' untuk mempromosikan fesyen pakaian untuk warga Sabah.

Namun perkataan berkenaan yang dikeluarkan Awal dianggap menghina orang Sabah yang tidak semua ayat harus ada perkataan 'bah'
“Tak ada niat langsung mahu mempersendakan orang Sabah. Saya cuma mahu bergurau manja dengan mereka dengan cuba selitkan perkataan ‘bah’ bagi menunjukkan lebih kemesraan di situ. Peminat saya tahu bagaimana personaliti saya yang suka bercanda. Namun, dalam hal ini saya bukannya sengaja menjadikan isu budaya dan kenegerian sebagai bahan mainan”

“Saya tidak kesal dengan status itu namun cuma saya rasa tidak sepatutnya ia jadi isu dan diviralkan. Sudah puas menjelajah di pelosok negara membuatkan saya sentiasa cuba bertutur dialek setiap negeri dan bukannya di Sabah saja. Mungkin ini kes disebabkan orang Sabah lebih sensitif soal budaya dan bahasa mereka,” katanya kepada Harian Metro.

Tag : , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..