Wak Doyok bercinta dengan Azrinaz Mazhar Hakim?

Pada: Rabu, 15 Jun 2016
Wak Doyok mengakui dia kini sedang berkawan rapat dan mengenali hati budi bekas personaliti TV3, Azrinaz Mazhar Hakim.

Wak Doyok memberitahu dia selesa berkawan dengan wanita itu dan tidak menolak jika ditakdirkan untuk hidup bersama jika ada jodoh.
"Kalau ditanya tentang status saya dengan dia kami masih berkawan, cukuplah saya katakan dia kawan paling rapat dan paling baik dengan saya.

"Tidak salah kami berkawan kerana masing-masing tidak berpunya, kalau ada jodoh kami, sampailah kad jemputan kepada anda semua (media)," ujarnya kepada mStar Online.

Tag : , , , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..