Tiara Jacquelina memperingati ulang tahun Arwah Hani Mohsin (4 gambar)

Pada: Selasa, 21 Jun 2016

Allahyarham Hani Mohsin, yang sudah 10 tahun beliau meninggal dunia dimana telah kembali ke Rahmatullah pada 25 Julai 2006 yang lalu akibat serangan sakit jantung.

Bersempena dengan ulangtahun kelahiran arwah Hani Mohsin, bekas isterinya Puan Sri Tiara Jacquelina telah menulis sebuah ucapan yang cukup menyentuh hati ramai di akaun Instagramnya.


Hari ini, 18 Jun, hari lahir seorang insan istimewa, someone I had shared 5 years of my life with. Sayangnya, sudah 10 tahun beliau meninggalkan kami. Dearest Mohsin, I pray you are at peace now, in Heaven, beside your father, mother and brother.

Terimakasih kerana membimbing saya mengenali agama islam, terimakasih untuk persahabatan dan kasih sayang yang pernah kami lalui satu ketika dulu. Alfatihah untuk Hani Mohsin, terimakasih kepada para peminat yang sentiasa mendoakan beliau. Happy Birthday. #alfatihah #hanimohsin

Hani Mohsin dan Tiara Jacquelina mendirikan rumah tangga pada 11 September 1993 sebelum bercerai pada 16 Februari 1998. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan bernama Hani Karmila.

Tag : , , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..