Siti Sarah dihadiahkan kondominium berkembar oleh Shuib!

Pada: Khamis, 16 Jun 2016
Siti Sarah Raissuddin memberitahu dia menjadi kelu apabila suaminya pelawak Shuib (Sepahtu) membuat kejutan dengan menghadiahkannya sebuah kondominium berkembar sebagai tanda penghargaan kerana melahirkan anak ketiga mereka Ariq Matin pada November tahun lalu.

Sarah sebenarnya mengetahui mengenai rumah berkenaan namun tidak menyangka rumah yang sudah siap diubah suai itu akan dihadiahkan kepadanya.


"Kebiasaannya setiap kali saya melahirkan anak suami akan memberikan saya hadiah tetapi untuk anak ketiga ini, dia senyap sahaja.

"Tetapi saya memang tidak pernah menyangka untuk anak ketiga ini dia memberikan hadiah paling besar iaitu sebuah rumah.

"Alhamdulillah ini dikatakan berkat bulan Ramadan dan tiada kata dapat saya lafazkan kerana menjadi kelu dengan tindakannya itu,"

"Jujurnya saya tidak pernah memandangnya kerana harta dan sebab itu saya langsung tidak kisah apabila suami tidak dapat menyediakan kelengkapan yang selesa untuk kami ketika awal perkahwinan dahulu.

"Tetapi tangisannya kerana tidak dapat memenuhkan ruang dalam rumah ketika itu membuatkan hati saya terusik dan tidak pernah meminta apa-apa daripadanya," katanya memetik mStar Online

Tag : , , , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..