Shahir buka mulut hubungan dengan Erra Fazira.. Jeng3..

Pada: Isnin, 20 Jun 2016
Jika sebelum ini pelakon Erra Fazira menafikan gosip cinta tentang dirinya dengan penyanyi Shahir Zawawi, nah kali ini akhirnya peminat boleh mendengar sendiri apa jawapan daripada bekas juara Akademi Fantasi 8 itu.

Berbeza dengan Erra, nyata jawapan Shahir nampak lebih positif dan mahukan peminat mendoakan yang baik-baik sahaja. Mungkinkah ada sinar buat mereka berdua?
"Kami belum tetapkan tarikh. Cerita yang bertebaran itu bukan daripada kami berdua. Kita tak tahu apa yang akan terjadi selepas ini. Doa yang baik-baik sahaja... Insya-Allah. Selama inipun, saya kasihankan Erra kerana selalu menjawab setiap spekulasi yang timbul kerana saya tidak ada di ibu kota,

"Selama ini, saya bukan mahu mengelak. Mungkin kini sudah sampai masanya untuk saya sedikit terbuka mengenai hubungan kami. Lagipun keluarga kami sudah bersetuju secara lisan.

"Jadi memang tak ada halangan dan masalah untuk saya sendiri mengambil peranan memikirkan ke fasa yang lebih serius ," ujarnya menerusi temubual bersama Berita Harian.

Tag : , , , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..