Punca Aril AF fobia masukkan anak ke Taska

Pada: Selasa, 21 Jun 2016
Aril AF meluahkan rasa fobia terhadap kes-kes melibatkan keselamatan yang terjadi kepada bayi di taska.

Lebih-lebih lagi ia pernah terjadi kepada rakan karibnya sendiri, sehingga menyebabkan kematian. Disebabkan itu, Aril mengambil keputusan untuk menjaga sendiri anaknya, Tun Adriel Mikael yang kini berusia 7 bulan.

“Tragedi berlaku kepada kawan baik saya. Anak yang pertama gugur ketika tujuh bulan kandungan. Anak yang kedua pula dilahirkan sempurna dan dihantar ke pusat jagaan kerana beliau dapat tawaran bekerja jauh”

“Hanya beberapa kali hantar ke pusat jagaan beliau mendapat panggilan mengatakan anaknya tidak bernafas dan disahkan meninggal dunia apabila dihantar ke hospital,”

"Saya suka melihat anak membesar depan mata, bermula dari proses dia mula merangkak, makan, bercakap. Ini pengalaman seronok bukan semua orang boleh dapat.

"Ketika jauh hati saya tak tenteram memikirkan anak. Bila penat, sedih, atau gembira perkara pertama saya nak tengok keadaan anak," ujarnya kepada The Malay Mail Online.

Tag : , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..