Persiapan awal Ezzaty yang mengejutkan sebelum bergelar isteri

Pada: Rabu, 8 Jun 2016
Ezzaty Abdullah memberitahu salah satu persiapanya sebelum mendirikan rumah tangga dengan aktor Azwan Kombos ialah dengan mendekatkan diri kepada Allah.

Ezzaty, 26, berkata, perkara itu merupakan nasihat orang tuanya yang mahu dia menjadikan Islam sebagai asas kepada keharmonian rumah tangga yang akan dibina tidak lama lagi.
"Perasaannya tinggal sebulan sahaja sebelum menjadi isteri sukar untuk digambarkan bagaimana dan Insya-Allah saya ingin dekatkan diri kepada Allah.

"Sebulan ini iaitu sepanjang bulan Ramadan saya juga tidak ambil tawaran berlakon untuk berehat di rumah dan buat persiapan akhir sebelum kahwin," ujarnya kepada mStar Online.
Ezzaty berkata demikian ketika diminta mengulas tentang persiapan dirinya dalam menempuh alam rumah tangga bersama pelakon Azwan Kombos.

Ezzaty dan Azwan Kombos bakal berkahwin pada Syawal ini, namun belum bersedia dedah tarikh sebenar.

Pasangan ini merancang untuk mengadakan majlis akad nikah pada bulan Syawal depan.

Tag : , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..