Perkembangan Aznil Nawawi yang kini mengejutkan..

Pada: Ahad, 19 Jun 2016

Dengar khabar yang Datuk Aznil Nawawi kini giat berniaga atas jenamanya sendiri iaitu Anell yang mula diperkenalkan sejak 30 Mei tahun ini.

Produk kesihatan/kecantikan itu difahamkan dijual RM199/set dan kini sudah lebih 3000 unit terjual (RM600,000).

“Setakat ini jualan sangat memberangsangkan. Saya pun terperanjat, daripada budak umur 12 tahun hingga kakak 60 tahun pakai. Kalau saya tahu (sebegini laris) sudah lama saya jual,” katanya kepada Malay Mail Online.

“Soalan yang sering ditanya bagaimana saya nampak muda? Tidak susah hendak kongsikan kerana produk itu rumusannya saya sudah pakai empat tahun lalu. Saya dapat banyak maklum balas. Ada pengguna kata baru sahaja tiga hari pakai kawan-kawannya menegur mukanya sudah tegang dan mulus,” katanya memetik Utusan Malaysia

Tag : , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..