Pelanggan berang! Sam Syatilla & Elle Zada jual baju Raya tak siap? PANAS

Pada: Isnin, 27 Jun 2016


Dengarnya Pelakon, Shaheizy Sam dan isterinya Syatilla Melvin telah memulakan perniagaan menjual pakaian Raya 2016. Perniagaan ini adalah atas kolaborasi bersama dengan Butik terkenal Elle Zada.

Pelbagai cara permasaran telah dilakukan bagi melariskan jualan perniagaan baju raya tersebut. Akhirnya mendapat sambutan hangat oleh orang awam terutama peminat Shaheizy dan Syatilla.

Tetapi baru-baru ini, laman facebook Butik Elle Zada telah mendapat perhatian apabila didapati baju raya yang dijual oleh mereka tidak dapat disiapkan sehingga sekarang.

Agen dan Pembeli pakaian raya tersebut telah meluahkan rasa tidak puas hati apabila janji untuk menyiapkan pada tempoh yang ditetapkan tidak dapat ditunaikan.

Malah pembeli yang telah membuat pra-tempahan pada bulan Februari masih belum diterima sehingga sekarang.

Berikut adalah antara komen-komen yang diluahkan oleh para pembeli.












Nampaknya keadaan semakin tidak terkawal. Ada yang mohon untuk pihak Butik Elle Zada, Sam dan Syatilla tampil ke hadapan untuk selesaikan masalah ini. Bulan Ramadhan hanya berbaki seminggu dan pastinya pembeli-pembeli ingin mendapatkan kata putus berkaitan isu ini.

kpdnkk dah datang serbu. -sumber http://siakap-kel1.blogspot.my



polis pun dah datang serbu

Tag : , , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..