Nora Danish punca keretakan Fasha-Jejai?

Pada: Rabu, 1 Jun 2016
Nora Danish memilih untuk tidak mencampuri kemelut membabitkan bekas suaminya, Jejai dengan Fasha Sandha kerana ia bukan urusannya.

"Minta maaf. Saya tidak mahu memberikan sebarang komen berhubung perkara itu kerana saya tidak mempunyai sebarang kaitan," katanya

Isu terbaharu itu hangat diperkatakan kelihatan Fasha bersama peguamnya di balai polis Ampang Jaya dipercayai bertujuan membuat laporan polis berhubung gangguan daripada lelaki itu.

Sebelum ini, Nora yang juga bekas isteri ahli perniagaan itu pernah dikaitkan sebagai punca keretakan rumah tangga Fasha dan Jejai hingga membawa kepada perceraian mereka pada 20 Januari lalu. -Bharian

Tag : , , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..