Marsha Milan mahu solat berterawih di Masjid tapi...

Pada: Rabu, 29 Jun 2016
Mualaf, Marsha Milan yang kini bergelar isteri kepada jejaka Muslim, Mohamed Shaiful Nizam, ada menyatakan hasratnya untuk menunaikan solat sunat tarawih di masjid.

Bagaimanapun, keinginan Marsha terpaksa ditangguhkan buat masa ini kerana masih dalam proses belajar. Marsha ada memberitahu yang walaupun tidak dapat solat tarawih di masjid, Marsha juga sudah beberapa kali melaksanakan solat berjemaah dengan suami dan keluarga di rumah.

Dengan rendah diri, Marsha mengakui gerakan solat dan surah-surah lazim ayat suci Al-quran masih lagi belum mampu untuk diingati.

Tag : , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..