Kenyataan mengejutkan dari Abby Nadzri..

Pada: Selasa, 7 Jun 2016
Pelakon Abby Nadzri (bekas pelajar Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA)) berasa bertuah apabila dirinya tidak pernah dipinggirkan penerbit walaupun selepas berehat selama dua tahun.

Meluahkan kesyukuran dirinya masih diingati produser, Abby berkata, beliau berhenti seketika daripada dunia lakonan bagi memberikan tumpuan terhadap perniagaan tudung di bawah jenama Arsara.

Ketika ini, beberapa tawaran menjayakan projek drama mula diterima olehnya.

"Alhamdulillah, sejak membuat kenyataan saya kembali aktif dalam lakonan, ada saja tawaran yang diterima.

"Saya bersyukur pihak penerbit tidak pernah meminggirkan saya meskipun industri lakonan mempunyai lambakan pelakon baharu," katanya kepada BH Online.

Tag : , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..