Kenyataan 'berani mati' dari Rafidah Ibrahim!

Pada: Isnin, 20 Jun 2016
Nama Rafidah Ibrahim kini semakin naik gara-gara kek dengan hadiah jam Rolex berharga RM40,000. Kini Rafidah aka Fida mengakui itu bukanlah petanda dia kini sedang hangat bercinta.

Fida juga menginginkan berumahtangga namun belum ada calon yang sesuai buat masa ini. Kenyataan dibawah ini membuatkan ramai yang terkejut bahkan tindakan Fida juga boleh menimbulkan fenomena jika benar-benar dilakukan.

“Fida tidak mahu bercinta lagi kerana pada ketika ini tidak mahu membuang masa dengan masa Fida yang sememangnya terhad sekarang. Disebabkan saya sibuk, saya tidak mahu ada pihak yang terasa. Malah ada yang kata, ingatkan sudah sukses dalam hidup senanglah untuk dapat jodoh, tetapi rupa-rupanya orang lagi susah hendak dekat dengan kita”

“Kali ini bukan saya tunggu orang meminang saya, sebaliknya kalau dalam berkawan saya rasa ada yang sesuai dan lelaki itu mampu membimbing saya dunia dan akhirat, saya mahu meminangnya agar menikahi saya . Tidak kisah orang hendak kata apa, asalkan tidak melanggar batas, apa salahnya?,” katanya kepada Projek MMO.

Tag : , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..