Kelentit Rindu nama kedai Ahya Rosli.. nama lucah?

Pada: Rabu, 1 Jun 2016
Ahya Rosli anak kepada Normah Damanhuri mempertahankan nama kedai shisha miliknya yang berada di Jalan Genting Klang, Setapak, iaitu Kelentit Rindu bukan sebagai nama lucah.

Ianya diambil bersempena nama sejenis cendawan Kelentit Kering (Microparus Xanthopus).


"Saya sudah gunakan nama berkenaan sudah lama sejak dibuka pada sepuluh tahun lalu dan ia adalah nama tumbuhan.

"Orang hanya tahu mengecam kerana berfikiran negatif sahaja dan saya sudah beritahu kepada ibu juga tentang ini dan dia tiada halangan,"

"Saya sentiasa positif dan tidak fikir ia bermaksud lucah. Hanya orang-orang yang negatif sahaja selalu nampak perkara buruk yang saya lakukan.

"Tidak kisah apa orang ingin fikir yang penting bisnes tersebut berjalan lancar dan menerima ramai pelanggan," ujarnya kepada mStar Online.

Tag : , , , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..