Kejutan paling sweet dari isteri buat Ajak Shiro (video kena cium)

Pada: Ahad, 12 Jun 2016
Pelawak Ajak Shiro terkejut sebaik sahaja membuka bonet keretanya dan melihat hadiah yang diberikan oleh isteri kesayangannya, Afifah Amin.

Hadiah tersebut diberikan oleh Afifah sempena ulangtahun perkahwinan mereka yang ke-7 iaitu sepasang kasut Air Jordan berwarna hitam.

Gembira melihat reaksi Ajak, Afifah kemudiannya mengucapkan perkataan ‘Happy Aniversary sayang’, sebelum mencium pipi suaminya.


video
“Kadang-kadang kita tidak perlu harap dia akan ingat tapi kita buat apa yang akan dia ingat kat kita.. Bohonglah dalam rumahtangga tiada pasang surutnya.. Bohonglah dalam rumahtangga sweet selalu.

“Selama baba menjadi Ajakshiro.. Orang kenal baba sebagai Ajakshiro, Tapi,ibu kenal baba sebagai Hanaffi Razak.. Susah senang bersama.. Siapa kata baba Romantik? Siapa kata baba Sweet? Siapa kata baba Best?

“Romantikkah dia...jika setiap ulangtahun perkahwinan dia akan memberi 77 kuntum bunga walaupun ibu marah kerana membazir. Sweetkah dia...jika setiap kali ibu makan udang dan ketam,ibu tidak pernah kopek sendiri bila dia ada.

"Bestkah dia...jika setiap kali rindukan anak2 dan ibunya,dia tidak mahu dengar suara dalam phone sebab takut makin rindukan mereka.

“Itu bukan Romantik... Itu bukan Sweet... Itu bukan Best... Tapi itu adalah DIA. Terima kasih baba sebab menjadi suami ibu dan baba kepada anak2 kita, Semoga Allah jodohkan kita berdua selamanya.. Biasalah,lantai tidak selalu rata.. tapi, kita tetap menari bersama..

“Jodoh, Pertemuan, Ajal dan Maut rahsia Allah, Ibu sebagai isteri tugas ibu menjaga baba, menjaga maruah baba, menjaga harta baba dan menjadi isteri yang soleha mentaati suami, menyenangkan hati suami dan menjalankan tugas isteri sebaiknya.. Yang lain, kerja Allah...

“Apapun Selamat Ulangtahun yang ke-7 sayang... Terima kasih sayang sebab manjakan ibu sampai ibu mengada2. Ibu tidak mahu apa-apa daripada baba tapi ibu nak buat apa-apa yang terbaik untuk baba.. Tapi kalau baba nak bagi apa-apa, kira bonus lah hehehehe. Daripada isterimu, AFIFAH AMIN, since 1999 until Jannah...Amin... @ajakshiro,” tulisnya.

Tag : , , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..