Isu kecaman pakaian lambat siap, ini komen Syatilla Melvin

Pada: Selasa, 28 Jun 2016
Pelakon Syatilla Melvin dan suaminya Shaheizy Sam tidak bertanggungjawab terhadap mana-mana pelanggan yang gagal mendapat pakaian dari butik Elle Zada meskipun mereka adalah duta kepada produk syarikat itu.

Syatilla nberkata, perkara tersebut perlu dijelaskan sendiri oleh pihak Elle Zada yang lebih mengetahui perjalanan operasi butik berkenaan.
"Saya tidak tahu nak komen apa-apa kerana saya dan Sam seperti orang lain juga tiada jawapan.

"Apa yang saya boleh katakan perkara yang berlaku itu di luar bidang kuasa dan kawalan kami. Kami hanya duta kepada kempen raya butik berkenaan sahaja dan hanya bertanggungjawab untuk menjalankan promosi sahaja," ujar Syatilla
Sementara itu, pengasas butik Elle Zada, Elliyin Razif, 28, meminta orang ramai tidak menyalahkan selebriti berkenaan atas masalah yang berlaku.

Katanya, kedua-dua selebriti itu sudah menjalankan tanggungjawabnya dengan baik dalam mempromosi produk keluarannya sempena Aidilfitri ini.
"Sam dan Syatilla tidak bersalah dalam hal ini kerana ia ada masalah kelewatan ini berpunca daripada pihak pembekal.

"Saya harap orang ramai tidak mengaitkan nama mereka dalam hal ini. Saya juga meminta maaf kepada Sam dan Syatilla kerana perkara ini telah menjejaskan nama mereka yang bersih,

"Sam sangat ambil berat tentang hal ini terutama sekali apabila melibatkan peminat-peminatnya. Dia juga ada beri cadangan untuk selesaikan masalah ini.

"Malah, dia minta kami keluarkan kenyataan secepat mungkin agar pelanggan dapat mengetahui masalah tersebut dan bersabar,

"Pembekal tidak dapat menyiapkan pakaian-pakaian yang kami tempah pada tarikh yang ditetapkan, kami cuba untuk cari alternatif lain, namun terdapat beberapa masalah lain pula.

"Namun, Insya-Allah ia akan diselesaikan sebelum Aidilfitri ini, masalah ini memang di luar jangkaan kami," ujar Elle.

Tag : , , , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..