Ika Nabila bakal berkahwin dengan businessman (gambar bakal)

Pada: Isnin, 6 Jun 2016

Pelakon drama, Ika Nabila, 27, yang mengikat tali pertunangan dengan Muhammad Zaid, 29, pada 14 Mei 2016 yang lalu mengumumkan bakal bernikah pada Julai ini.

Mengulas lanjut mengenai perkahwinan tersebut, Ika mengakui persiapan sudah pun dilakukan meskipun lokasi untuk majlis kahwin belum ditetapkan.


“Secara dasarnya, hampir 70% persiapan perkahwinan kami sudah pun siap. Tinggal lagi kami masih belum menetapkan lokasi majlis kahwin kami nanti kerana belum ada kata putus untuk tarikh kahwin. Apa yang pasti, majlis akan dilangsungkan pada Julai ini, insyaAllah,” terang Ika yang bertunang dengan seorang ahli perniagaan di kediamannya di Pulau Pinang memetik Forum Cari.

Tag : , , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..