Ida Nerina dihina “take away” makanan di bulan Puasa TAPI... (4 gambar)

Pada: Khamis, 30 Jun 2016
Seorang yang dikenali sebagai Marym Lee telah tampil untuk menyuarakan pendapat mengenai hak wanita “uzur” untuk makan ditempat awam.

Mrym Lee menerusi akaun Facebook mendakwa emosi dan hak perutnya yang sedang kelaparan telah diganggu dengan teguran dan persepsi masyarakat berikutan kelakuannya yang makan secara terbuka di hadapan khalayak pada bulan Ramadhan.


Ini sekaligus mencetuskan kemarahan rakyat Malaysia yang merasakan ia satu perkara yang mengarut dan bertentangan dengaan ajaran Islam. Malah, ia tidak manis untuk makan di khalayak ramai meskipun tidak boleh berpuasa. Ramai juga berpendapat ia akan mejatuhkan lagi imej wanita Islam.

Isu Marym Lee ini juga mendapat perhatian pelakon Ida Nerina dimana beliau akui tidak kisah jika ada individu lain makan dihadapan beliau tetapi ia tidak bermakna beliau menyokong perbuatan tersebut. Buat Ida ia dalah satu perkara yang memalukan.

Pada masa yang sama, Ida sempat berkongsi bahawa beliau pernah dihina dan diperli oleh pekerja restoran makanan segera sebelum ini kerana membungkus makanan kerana tidak boleh berpuasa. Ida tidak makan di hadapan khalayak pun sudah disindir apatah lagi bagi mereka yang makan secara terang-terangan di hadapan umum?

Ida turut menasihati Marym Lee untuk memperjuangkan benda lain yang lebih bermanfaat.

Sumber Berita : Malaysian Digest

Tag : , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..