Gosip sudah bertunang, ini jawapan dari Awie..

Pada: Ahad, 26 Jun 2016
Desas-desus menyatakan vokalis kumpulan Wings, Awie telah melangsungkan ikatan pertunangan pada 3 Jun lalu dengan seorang wanita bernama Sharifah Ladyana adalah benar.

Memetik laporan hiburan Kosmo, semalam, Awie tampil mengesahkan khabar pertunangan itu yang menjadi viral di laman sosial selepas sekeping foto yang menyaksikan dua orang anak Awie, Puteri Aleeya Antasha dan Puteri Aleefa Antasha bersama Lady tersebar.
“Ya, memang saya telah bertunang dan semua fakta yang dinyatakan sebelum ini benar.”
Bagaimanapun penyanyi lagu Tragedi Oktober itu mengakui yang dia tidak berhasrat untuk mengumumkan pertunangannya kepada umum kerana menyifatkan perkara itu sebagai sesuatu yang peribadi dalam kalangan keluarganya.-gambar forum Cari

Tag : , , , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..