Faezah Elai bagi 'amaran' awal untuk anaknya!

Pada: Jumaat, 24 Jun 2016
Faezah Elai memberitahu tidak mahu anak-anak mereka mendapat pendedahan kepada dunia seni dalam usia muda.

Faezah mahu melihat dua cahaya matanya iaitu Dealova Heyrinna (3 tahun) dan Aurora Heyrinna (enam bulan) membesar sebagai kanak-kanak biasa yang tidak dilimpahi dengan populariti.

"Biarlah saya dan Heykal sahaja yang berada dalam bidang ini. Kami tidak mahu mereka melalui apa yang telah kami lalui dalam dunia hiburan ini.

"Kalau terdesak untuk watak kanak-kanak sahaja kami akan gunakan mereka, itu pun tidak nampak wajah,"

"Kalau boleh memang tidak mahu, tapi jika mereka sudah besar dan mahu ke arah dunia seni juga saya tidak boleh menghalang.

"Buat masa ini biarlah mereka menjalani kehidupan kanak-kanak seperti orang lain," ujarnya kepada mStar Online.

Tag : , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..