Erra Fazira bakal dipinang Shahir selepas Raya?

Pada: Khamis, 16 Jun 2016
Dengar cerita yang menjadi topik panas di media sosial dimana Erra Fazira akan berkahwin selepas Hari Raya ini dengan Ahmad Shahir AF. Shahir juga dikatakan akan menghantar rombongan meminang selepas Hari Raya ini.

"Hujung tahun lalu pernah tersebar gosip Shahir dikatakan bakal menghantar rombongan meminang, tetapi tiada apa yang berlaku. Kali ini, sekali lagi perkara yang sama dibangkitkan kononnya kami akan bertunang selepas raya nanti. Jawapan saya masih sama iaitu tidak benar.

"Saya masih berkawan baik dengan Shahir, tetapi tidak pernah mengetahui mengenai urusan peminangan seperti yang diperkatakan. Jika benar kami akan bertunang, sudah pasti saya akan tahu segala perancangan Shahir," kata Erra memetik Bharian Online

Tag : , , , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..