Elly Mazlein dedah sikap sebenar bekas suaminya..

Pada: Selasa, 14 Jun 2016
Punca keretakkan rumahtangga Elly Mazlein dengan bekas usami beliau masih menjadi tanda tanya. Ada juga pihak yang menuduh Elly berlaku curang terhadap bekas suaminya itu.

Namun hal yang direka itu kononnya Elly ditangkap dengan lelaki lain sewaktu sesi pengambaraan sebuah drama hanyalah fitnah semata-mata.
“Saya mengelakkan publisiti yang tidak mendatangkan manfaat kerana mahu menjaga aib diri dan bekas suami. Bagaimanapun semakin saya berdiam diri, semakin banyak cerita yang tidak betul sampai ke telinga saya. Baru-baru ini saya dapat tahu tersebar fitnah yang kononnya bekas suami menceraikan saya kerana dia ‘tangkap’ saya dengan lelaki lain sewaktu saya menjalani penggambaran untuk sebuah drama di Pulau Langkawi”

“Teringin juga saya nak tahu siapakah lelaki yang ditangkap bersama-sama saya itu? Sedangkan ketika itu, bekas suami datang membuat kejutan di hotel penginapan ketika saya sedang menjalani penggambaran selama sebulan di pulau berkenaan. Sepanjang perceraian saya, bekas suami langsung tidak bertanya khabar sehinggalah Sefhia lahir. Saya yang sedang sarat mengandung memandu sendirian ke hospital pada hari pemeriksaan kandungan”

“Saya melahirkan anak pada 6.35 petang, kira-kira pukul 10 malam, bekas suami sudah sibuk mahu pulang. Sedangkan sebelum itu, dia sudah berjanji untuk menjaga saya hingga selepas habis berpantang. Saya merayu padanya untuk tak tinggalkan saya, tapi tak dilayan,” katanya kepada Berita Harian Online

Tag : , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..