'dia benar-benar serius' - Erra Fazira

Pada: Ahad, 26 Jun 2016
Erra Fazira, 42, mengakui sedang menjalin hubungan istimewa dengan penyanyi, Shahir Zawawi, 28, selepas Shahir membuka mulut mengenai perhubungan mereka.

Namun, Erra Fazira menafikan dakwaan yang menyatakan mereka sudah mempunyai tarikh bagi melangsungkan hari bahagia mereka.

"Sebenarnya, dia (Shahir) yang patut membuka mulut dalam perkara ini kerana dia lelaki. Tetapi, setelah dia menyatakan perkara sebenar mengenai perhubungan kami bermakna dia benar-benar serius.

"Apapun, saya berasa lega kerana ibaratnya separuh beban saya sudah diluahkan oleh dia. Namun, dakwaan yang mengatakan kami akan bertunang atau berkahwin selepas hari raya ini sama sekali tidak benar.

"Saya tidak mahu tergesa-gesa membincangkan soal berumah tangga kerana masih terlalu awal dan belum lagi memasuki fasa seterusnya,"
Mengakui, pihak keluarga Shahir sudah merestui perhubungan mereka, namun Erra Fazira berkata, belum ada perbincangan di pihak keluarganya.
"Saya belum lagi memberitahu ibu saya mengenai perhubungan ini. Insya-Allah, kalau ada jodoh, saya mengharapkan perkahwinan kali ini yang terakhir dan kekal selamanya," katanya kepada BH,

Tag : , , , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..