Bakal timang anak ke-2, ini impian Fizz Fairuz..

Pada: Rabu, 29 Jun 2016
Fizz Fairuz dan isterinya, Almy Nadia khabarnya kini sedang menanti cahaya mata kedua yang dijangka lahir pada bulan Oktober nanti.

Selepas mendapat puteri sulung mereka pada Februari tahun lalu, Fizz berkata dia mengimpikan untuk menimang cahaya mata lelaki pula.

“Kalau boleh, untuk anak kedua, saya mengimpikan untuk menimang cahaya mata lelaki. Sehingga kini, setiap kali imbasan dilakukan, jantina anak kedua kami masih belum dapat dikenalpasti. Dia main sorok-sorok agaknya.

“Apa yang penting bagi saya dan isteri, tak kisahlah apa jantina anak saya, asalkan bayi yang bakal lahir nanti sihat sejahtera dan sempurna sifatnya. Itu sudah cukup baik bagi saya dan isteri. Semuanya bergantung atas soal rezeki.

“Jika dapat anak perempuan lagi, dia boleh bermain dengan kakaknya. Jika kami diberikan rezeki untuk menimang anak lelaki, kami sudah mendapat sepasang anak dan bolehlah dia berkawan dengan saya kelak,” kata Fizz kepada Astro Gempak.

Tag : , , , , , , ,

1 Komen:

Afif Rayyan 30 Jun 2016 12:27 PG

In Shaa Allah akan dapat juga satu hari nanti.. banyak2 berdoa la ye

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..