Aida Aris dera anak tiri?

Pada: Rabu, 22 Jun 2016
Pelakon Aida Aris menjelaskan tiada sebarang bukti terhadap dakwaan kononnya dia melakukan penderaan terhadap dua anak tirinya yang tinggal bersama dia dan suami sejak mereka berkahwin enam tahun lalu.

Suaminya juga sudah menyerahkan dua anak tirinya itu kepada bekas isteri agar tidak timbul sebarang masalah melibatkan hak penjagaan.

"Saya terkejut apabila dituduh mendera anak tiri dan perkara itu sebenarnya tiada sebarang bukti yang sah daripada doktor mengatakan saya telah melakukan perbuatan berkenaan.

"Disebabkan tidak mahu timbul sebarang masalah melibatkan hak penjagaan anak, suami saya telah serahkan kedua-dua anaknya itu kepada bekas isterinya yang kini berada di Kedah," ujar Aida.

"Saya ada baca laporan polis yang dibuat bahawa saya telah mendera anak-anak tiri saya sehingga berdarah, namun tiada sebarang bukti perubatan.

"Jika saya tidak bersalah, saya boleh saman malu pihak berkenaan," ujarnya memetik mStar Online.

Aida diminta mengulas tentang gosip yang mendakwa dia telah mendera anak tirinya pada akhir tahun lalu.

Bagaimanapun, Aida berkata, perkara tersebut tidak menjejaskan hubungan dia dengan anak-anak tirinya itu.

Tag : , , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..