Zimi Sofazr timang anak ke-2 (gambar baby)

Pada: Isnin, 9 Mei 2016
Zimi Sofazr memberitahu isterinya selamat melahirkan bayi kedua mereka pada pukul 5.45 pagi Jumaat di sebuah hospital swasta di Kuantan, Pahang.

Kata Zimi, dia dan isterinya sepakat untuk memberi nama Zerlinara Imani yang membawa maksud berkarisma dan beriman.


"Alhamdulillah semuanya selamat dan bayi kedua ini seberat 3.5 kilogram dan dilahirkan betul-betul ketika waktu solat Subuh.

"Keadaan ibu dan anak dalam keadaan baik malah mereka telah pun dibenarkan untuk pulang ke rumah.

"Isteri saya yang memilih nama berkenaan dan saya setuju kerana ia membawa maksud yang baik," jelasnya memetik mStar online.
Zimi turut mempunyai seorang lagi anak perempuan iaitu Zerlinada Ikil yang bakal berusia setahun pada Jun depan.

Tag : , , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..