Yazit Search dimaki - ‘Tua, Sakit Nak Mampus’!

Pada: Jumaat, 6 Mei 2016

Anggota kumpulan Search, Yazit Ahmad mendakwa ditengking isteri vokalis kumpulan tersebut, Norhasniza Hassan gara-gara bertanya tentang bayaran Konsert 35 Tahun Search.

Dakwaan tersebut dikemukakan Yazit menerusi sebuah laporan polis yang dilakukan di Balai Polis Wangsa Maju, Kuala Lumpur pada petang Rabu.

Menurut Yazit seperti yang dinyatakan dalam laporan polis tersebut, Norhasniza telah menengkingnya ketika bertanyakan tentang bayaran yang sepatutnya diterima.


“Saya juga telah menerima panggilan telefon daripada Norhasniza (isteri kepada Amy) memaki dan menengking kepada saya apabila saya bertanyakan mengenai bayaran yang sepatutnya saya dapat. Antara makian yang dilemparkan kepada saya seperti – “kau tu dah tua, sakit nak mampus,” tulisnya.

Yazit telah membuat laporan mendakwa berlaku pecah amanah kerana tidak menerima sebarang bayaran untuk konsert yang sepatutnya berlangsung pada 30 Ogos ini.

Dia turut menyatakan tidak menerima bayaran untuk beberapa persembahan sebelum ini.

Menerusi laporan polis yang mula tersebar di aplikasi Whatsapp itu, Yazit mendakwa telah ke pejabat penganjur Konsert 35 Tahun Search, AF Jet Sdn. Bhd. untuk berbincang mengenai konsert.

Namun, Yazit terkejut apabila diberitahu jumlah bayaran RM75,000 telah dibayar kepada kumpulan Search pada Disember 2015, sedangkan dia tidak pernah menerima apa-apa bayaran bermula tarikh tersebut sehingga ke hari ini.

Tambah Yazit, pengurus AF Jet memaklumkan kepadanya pembayaran kepada Yazit sepatutnya diuruskan oleh anggota Search sendiri.

Tag : , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..