Uqasha Senrose rugi perniagaan tudung, untuk RM5000 je?

Pada: Khamis, 26 Mei 2016

Uqasha Senrose mendedahkan perniagaan tudung bawah jenama Uqasha Senrose Collection yang dilancarkan pada September tahun lalu lingkup akibat ditipu oleh rakan kongsinya.

"Perniagaan itu sudah tiada kerana saya ditipu rakan kongsi sendiri dan ia sangat mengecewakan saya kerana janji dibuat hanya tinggal janji.

"Malah saya hanya dipergunakan oleh rakan kongsi untuk kepentingan peribadi membuatkan saya tiada hati lagi untuk meneruskan perniagaan berkenaan,"

"Dia sering memberitahu jualan tidak bagus selain memberi pelbagai alasan apabila saya bertanya tentang perniagaan kami.

"Saya hanya menerima RM5,000 sepanjang sembilan bulan kami bekerjasama dan saya tidak ingin teruskan lagi kerana tahu saya telah ditipu olehnya," jelasnya kepada mStar Online.

Perbuatan individu berkenaan terdedah apabila dia meminta salinan pendaftaran syarikat sebelum mendapati namanya tiada sebagai rakan kongsi.

Malah kata Uqasha, sepanjang sembilan bulan perniagaan itu berjalan dia hanya menerima RM5,000 sebagai ganjaran selain rakan kongsinya itu berdolak-dalik berhubung hasil penjualan tudung setiap bulan.

Bagaimanapun Uqasha enggan mendedahkan jumlah pelaburan dan kerugian yang terpaksa ditanggung kerana enggan mengenang lagi kejadian tersebut.

Tag : , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..