Uqasha Senrose dikecam oleh peminat sebab gambar ini..

Pada: Ahad, 8 Mei 2016
Uqasha Senrose ada terlibat didalam pementasan teater Ombak Rindu, dan sekeping gambar yang juga salah satu babak di dalam teater tersebut menunjukan Keith Foo menyentuh pipi beliau telah dimuat naik di laman Instagram.

Disebalik kata-kata pujian lakonannya di dalam teater itu, terdapat beberapa peminat yang tidak senang dengan tindakan pelakon itu yang membiarkan Keith Foo menyentuh pipinya kerana imejnya yang bertudung. Rata-rata mengkritik Uqasha yang seolah bertudung kerana fesyen.

Nampaknya ruangan komen menjadi medan perbalahan pada masa kini apabila, ada yang tampil mempertahankan pelakon kesayangan mereka itu dengan mengatakan tindakan Uqasha dibuat kerana tuntutan kerja dan karekter supaya cerita yang disampaikan nampak lebih nyata.

Tag : , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..