Suami Adira tidak benarkan 'benda ini' buat Adira?

Pada: Ahad, 15 Mei 2016
Suami kepada penyanyi Adira, Datuk Seri Adenan Abu tidak membenarkan peminat bergambar dengan isterinya itu berikutan peminat mahu bergambar dengan Adira di malam ABPBH yang lalu.
“Pada saya perkara ini adalah salah faham. Suami berbuat sedemikian sebab kasihan melihat saya yang sudah terlalu lama berdiri sehingga hampir sejam semata-mata bergambar dengan peminat.

Lagi pula ketika itu sudah lewat malam, dengan saya kelaparan. Suami juga bercakap dengan baik,” katanya kepada Harian Metro.
Pada masa yang sama, Adira turut memohom maaf jika sekiranya kejadian itu membuatkan ada sesetengah pihak terasa hati atau kecewa dengan tindakan suaminya

Tag : , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..