Sharifah Haslinda nafi sudah bercerai dengan Datuk Seri

Pada: Isnin, 16 Mei 2016
Selepas berlakunya pergolakan rumah tangga pada tahun lalu, Sharifah Haslinda akui dirinya masih bergelar isteri kepada Timbalan Menteri Luar, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican. Beliau dalam masa yang sama menafikan segala isu negatif mengenai rumah tangganya yang dilemparkan selama ini.


“Tiada guna memperbesarkan masalah rumah tangga sendiri kerana ia tidak akan menyelesaikan apa-apa. Bagi saya, apa yang lebih penting bagaimana kita menghadapinya dan belajar menyelesaikan masalah itu. Ketika dilanda masalah, ahli keluarga termasuk adik, Sharifah Shahira langsung tidak tahu apa yang berlaku dalam kehidupan saya”

“Saya cuma mengikut arus. Mungkin saya selebriti, tetapi saya juga inginkan kehidupan yang normal sama seperti orang lain. Tidak kira siapa kita, masalah dalam hidup pasti ada. Jika mempunyai masalah, kami akan cuba menyelesaikan mengikut cara orang dewasa,” katanya kepada Berita Harian

Tag : , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..