Selepas berebut tudung, kini berebut air pula (video)

Pada: Rabu, 4 Mei 2016
Belum pun reda isu mengenai perebutan tudung keluaran Fareeda tersebar dan mendapat maklum balas negatif daripada ramai pihak, kali ini pula Fizo Omar dan isteri, Mawar sekali lagi menghangatkan suasana apabila sebuah video menunjukkan orang ramai berasak merempuh pagar untuk mendapatkan produk keluaran terbaru mereka, kopi FizoMawar.

Dikhabarkan kopi berkenaan diberikan secara percuma demi menarik perhatian orang ramai untuk mendapatkan nombor giliran bagi koleksi tudung terbaru keluaran Fareeda yang bakal dilancarkan tidak lama lagi. Mungkin sebab itulah ramai yang berpusu datang sampaikan sanggup berpanas terik matahari berdiri diluar.

Berikutan itu sebuah video telah dimuat naik di laman Facebook menunjukan orang ramai, bercampur lelaki perempuan mula bertindak ganas dengan mengasak dan merempuh pihak RELA yang menjaga kawasan terbabit untuk masuk ke dalam kawasan kilang Fareeda Group bagi mendapatkan kopi keluaran Fizo itu.

video

Bagaimanapun, penyebaran video berkenaan sekali lagi mengundang kritikan orang ramai yang mempersoalkan sistem pemasaran pihak Fareeda yang tidak berubah sejak isu panas tudung Fareeda tempoh hari. Malah ramai juga yang mengatakan bahawa pihak pengurusan Fareeda seolah-olah tidak serik dengan insiden itu.

Namun begitu, setakat ini pihak Fareeda mahupun Fizo Omar sendiri masih belum mengeluarkan sebarang komen mengenai perkara ini.

Adakah kritikan yang dibuat oleh individu ternama tidak berjaya membuatkan Fizo Mawar lebih peka dengan apa yang terjadi?

Bagaikan masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri sahaja nasihat oleh orang ramai kepada pasangan ini. Walaupun ia merupakan strategi pemasaran, tetapi ia tak ubah seperti berada di pasar malam.

Diharap selepas ini pihak pengurusan Fareeda mungkin boleh memikirkan cara yang lebih efektif dan sistematik untuk memasarkan sesuatu produk terbaru sebelum berterusan menjadi bahan kritikan. - CARI Infonet

Tag : , , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..