Saya ada jutaan Ringgit! ini apa Kes? - Amy Search

Pada: Selasa, 24 Mei 2016
Sebelum ni hangat diperkatakan isu bertikam lidah diantara Yazit dengan Amy Search mengenai isu konsert. Namun baru-baru ini Amy memberitahu bahawa pertikaian Yazit terhadap ahli kumpulan itu bukanlah isu baru, malah dia sendiri tidak disukai sejak awal penubuhan kumpulan itu.


“Dia tidak pernah setuju bila Hillary Ang hendak bawa saya masuk Search sejak hari pertama. Sejak itu saya tahu dia tidak suka saya. Selama perjuangan saya lapan tahun saman Sony, turun naik mahkamah, dia tidak pernah di situ. Dia sibuk mengata saya di belakang”

“Kita sudah 35 tahun. Umur saya sudah dekat 58. Kita tidak sepatutnya cakap begini. Kalau saya tidak sihat hari ini, katakanlah saya di hospital, dia dapat apa?,”

“Saya ada jutaan ringgit. Ini apa kes? Saya kawan dia, tak akan nak buat dia begitu? Jangan cakap kami penipu, tidak pedulikan dia. Dia bukan hidup sebatang kara nak cakap begitu. Dia ada anak-anak yang sudah besar. Ada adik-beradik”

“Cakap macam tidak ada sesiapa, macam kawan-kawan saja yang ada. Saya ada gambar dengan dia di hospital. Saya tidak pernah keluarkan gambar itu kerana saya tidak mahu orang ramai tengok kawan saya dalam keadaan sakit”

“Isteri dia sakit kena batu karang di hospital, isteri saya dan mentua pergi melawat di hospital. Untuk elak bil RM20,000, dia dibawa dari Kuala Lumpur ke Melaka jam dua pagi,” kata Amy memetik Malay Mail Online.

Tag : , , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..