Rozana akui pernah pakai bomoh TAPI...

Pada: Ahad, 15 Mei 2016
Bekas isteri kepada Awie, Rozana Misbun mengakui bahawa beliau pernah mengggunakan khidmat bomoh yang bernama Maksu ketika beliau dan Awie masih tinggal bersama.

Pengakuan itu telah didengari di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan semalam.

“Saya bersama Awie dan pembantunya ada berjumpa dengan Maksu pada 2 Jun 2014. Saya dan Maksu saling mengenali sebelum perjumpaan itu lagi. Kadang-kadang saya akan berjumpanya untuk mandi bunga sebagai tujuan perubatan,” katanya kepada Kosmo Online.

Bagaimanapun, Rozana menafikan dakwaan mengatakan beliau dan Awie berjumpa dengan bomoh terbabit kerana bekas suaminya itu menghidu perbuatan kurafat yang dilakukannya di kediaman mereka selepas Awie sendiri menjumpai pelbagai barangan seperti tangkal dan botol berisi rambut, darah dan paku.

Tag : , , , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..