Rahsia selebriti laman sosial, Zukieee hidup mewah didedahkan...

Pada: Ahad, 22 Mei 2016
Zukieee mengakui menerima perubahan drastik dalam kehidupannya selepas video-video lucu yang dimuat naik di laman sosial mendapat sambutan netizen.

Malah, Zukieee berkata, pendapatan selama tujuh bulan membuat video-video pendek itu mampu menanggung kehidupan keluarganya yang susah.
"Alhamdulillah, pendapatan sejak menjadi selebriti media sosial agak baik saya boleh bantu ibu dan adik beradik lain setiap bulan dan setakat ini sudah beli kereta Mazda RX8 secara tunai.

"Saya daripada keluarga yang susah dan ada tujuh adik beradik, dulu saya hanya seorang pekerja zoo dengan gaji RM800 sebulan sahaja," ujarnya
Zukie mampu membeli kereta jenis Mazda RX8 hasil pendapatan sebagai selebriti media sosial sejak tujuh bulan.

Tambah Zukieee, hasrat untuk mengubah nasib keluarga dengan aktif di media sosial sudah lama, namun dipendam kerana kekurangan modal untuk memulakan kerjaya itu.

Bagaimanapun, tahun lalu, selepas mampu membeli sebuah telefon bimbit dengan harga RM300, dia dapat memulakan rancangannya itu.
"Sebenarnya saya sudah simpan idea-idea untuk jadi viral sejak tahun 2011, tapi saya tidak boleh buat kerana saya tiada telefon bimbit yang boleh buat rakaman.

"Sehingga tahun lalu, saya tekad beli telefon berharga RM300 yang ada video. Daripada situ saya buka akaun laman sosial dan muat naik video-video yang saya lakonkan," ujarnya.
Sehingga kini, Zukieee memiliki sebanyak 420,000 pengikut laman Instagram dan 500,000 di Facebook. -mStar

Tag : , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..