Nak dekat Ramadan, Stacy belajar puasa tapi ini pula jadinya...

Pada: Ahad, 29 Mei 2016
Stacy pernah mengalami demam dan sakit kepala akibat terlalu lemah dan kekurangan air dalam badan gara-gara mahu berpuasa pada tahun lalu.

Stacy atau nama Islamnya Ummu Shaikhah Stacy Anam, 26, berkata, ketika itu dia cuba untuk mendekati cara hidup Islam dan perkara itu mewujudkan rasa hormatnya kepada masyarakat muslim yang boleh bertahan melalui ibadat puasa selama sebulan.
"Dua hari saya cuba menahan lapar dan dahaga, masuk hari ketiga saya terus demam. Apa-apa pun itu satu pengalaman paling berharga dalam hidup saya.

"Berbeza sebelum mendalami Islam, kalau boleh saya nak tunggu hari raya saja sebab kawan-kawan saya sememangnya ramai beragama Islam.

"Tapi sekarang situasinya berbeza di mana rasa teruja untuk sambut Ramadan itu datang sendirinya dan suami saya terus memberi semangat untuk saya sempurnakan puasa, Insya-Allah," katanya kepada mStar Online.

Tag : , , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..