Nad Zainal hamil 4 bulan. Tahniah!

Pada: Khamis, 19 Mei 2016
Nad Zainal mengesahkan dirinya hamil empat bulan. Kenyataan itu sekali gus menepis dakwaan kononnya Nad menafikan dirinya hamil seperti yang dihebohkan sebelum ini.

"Kandungan saya sekarang ini berusia empat bulan lebih. Sebelum ini, saya pernah berkongsi berita kehamilan saya dalam akaun Instagram. Tetapi kemudian, saya padam status itu.

"Bukan niat saya menyembunyikan berita itu. Semuanya atas nasihat doktor dan ibu. Ketika itu, kandungan saya baru berusia 18 minggu dan masih terlalu awal.

"Mereka bimbang sesuatu yang buruk berlaku kerana dalam usia begitu, rahim masih belum kuat," katanya memetik Bharian Online

Tag : , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..