Kenyataan mengejutkan dari Nurul Syuhada...

Pada: Rabu, 25 Mei 2016

Pengacara Nurul Syuhada kembali semula ke bidang penyiaran dengan mengendalikan rancangan Salam Dhuha di Astro Oasis selepas dua tahun berehat bagi menumpukan perhatian sepenuhnya kepada keluarga.

Nurul menerima tawaran untuk mengendalikan program bual bicara berkenaan selepas kedua-dua cahaya matanya kini semakin membesar.

"Saya kembali semula selepas dua tahun kerana memberi perhatian terhadap keluarga.

"Saya ambil keputusan berehat kerana ingin membesarkan mereka sendiri depan mata dan tidak mahu ketinggalan detik-detik mereka membesar.

"Sekarang Alhamdulillah, mereka sudah berusia setahun lapan bulan dan ada pengasuh yang menjaga, lagi pula masa bekerja saya agak flexible," ujar kepada mStar Online.

Tag : , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..