Intan Suraya tegur kemesraan Sharnaaz, Nabila.. ini jadinya..

Pada: Selasa, 24 Mei 2016
Intan Suraya menjelaskan komen yang dilayangkan pada foto Sharnaaz bersama pasangannya, Nabila di laman Instagram, bukan bermaksud menegur pelakon itu. Intan berkata, dia tidak berniat memburukkan mana-mana pihak sebaliknya seronok melihat Sharnaaz dan Nabila yang tampak mesra. Lantas, melihat foto itu, Intan terus bertanya apakah mereka sudah berkahwin.

"Saya tiada niat mahu menegur. Siapalah saya untuk menegur orang terutama jika membabitkan akhlak dan agama.

"Ketika saya skroll gambar di laman Instagram, saya ternampak gambar Sharnaaz dan pasangannya dan terlintas betapa romantis mereka.

"Manalah saya pasti status mereka. Benar, kami dalam satu industri tetapi sudah menjadi perkara biasa jika kita terlepas pandang.

"Lalu saya bertanya kepada Sharnaaz adakah dia sudah berkahwin dengan Nabila. Manalah tahu, jika sudah berkahwin, saya mendoakan yang baik-baik," katanya 
Menambah 'drama' dua artis ini, selepas komen dikongsi Intan, Sharnaaz memberi reaksi yang berbunyi:
"Kenapa ya? Ada masalah ke?".
Intan kemudian membalas dengan kata-kata:
"Takda masalah.. nak doakan bahagia till jannah..kalau sudah. Kalau belum, nak doakan semoga terhindar daripada fitnah.. Amin.

"Oh ya dan satu lagi, nak tuju lagu.. kalau sudah (berkahwin), lagu KRU 'Till Janna'. Kalau belum, nak tuju Sweet Charity lagu 'Jangan Tunggu Lama lama'. Sekian...Bye!"
Berikutan itu, ramai peminat Sharnaaz mengkritik Intan yang disifatkan tidak patut memberi komen begitu.

Intan berkata, dia terkejut membaca komen Sharnaaz yang ditujukan kepadanya. Dalam hatinya terlintas, aktor itu sepatutnya bersedia dengan segala kemungkinan apabila memuat naik gambar dalam media sosial.
"Biasanya, bila komen seperti ini, orang kata 'menyibuk'. Dalam media sosial, tiada istilah itu. Ini kerana umum akan memberi komen. Jika tak suka orang bertanya, senang saja caranya. Buat cara Anuar Zain, jangan langsung ada media sosial.... Aman. Tiada viral," katanya kepada BH Online. .

Tag : , , , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..