Inilah dia bakal suami Ieda Moin (3 gambar)

Pada: Khamis, 19 Mei 2016
Pelakon dan penyanyi Ieda Moin terkejut apabila teman lelakinya memberitahu bahawa mereka akan berkahwin pada tahun hadapan.

"Eh you tak beritahu I pun yang kita akan kahwin tahun depan?" tanya Ieda kepada teman lelakinya itu.
Teman lelaki Ieda iaitu Mohd Amril Gul Khan Abd Rahman, 33, hanya tersenyum sahaja mendengar pertanyaan Ieda tersebut.
"Sebenarnya saya bukan tak mahu kahwin cepat cuma masih trauma lagi. Saya janda anak seorang, umur pun dah 37 tahun. Dia pula baru 33 tahun, bujang pula tu. Apa orang akan kata pun satu masalah juga.

"Tapi jika pihak lelaki yang dah cakap begitu, saya ikut sahajalah mana yang terbaik baginya," ujar Ieda memetik Media Hiburan Online.

Tag : , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..