Inilah bakal isteri AG Coco (3 gambar)

Pada: Ahad, 22 Mei 2016
Gitaris kumpulan Hujan, AG Coco mengesahkan bakal bernikah dengan seorang daripada penyanyi duo Hani & Zue, Zue atau Zuliana Eusoff, 22, pada 10 Disember depan.

AG atau nama sebenarnya Mohd Hezry Mohd Hafidz, 32, berkata dia menghantar rombongan merisik semalam dan kedua-dua keluarga memilih tarikh itu sebagai hari pernikahan manakala majlis persandingan menyusul pada 24 Disember.

"Kami tidak mengadakan sebarang majlis gah ketika merisik. Cukup sekadar menghantar wakil membabitkan keluarga terdekat bagi mengadakan perbincangan mengenai pernikahan dan acara resepsi.

"Mulanya, saya berjumpa dengan ayah Zue untuk perkenalkan diri dan memberitahu hasrat ingin meminang anaknya. Alhamdulillah, niat ikhlas saya direstui dan terus kami merancang hal perkahwinan," katanya kepada BH Online.

Tag : , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..