Hormati lagu saya! - Ayda Jebat

Pada: Khamis, 5 Mei 2016
Ayda Jebat meminta segelintir pihak agar menghormati sesuatu karya yang dihasilkan oleh setiap anak seni dan bukan hanya pandai mengkritik.

Ayda berkata, sesebuah karya itu dihasilkan menerusi satu proses yang panjang bukan mudah seperti mereka sangkakan.

"Mereka (pengkritik) hanya tahu menghentam sahaja, mereka patut belajar menghormati kerja orang lain biar nanti orang lain akan respek kerja mereka pula.

"Untuk buat sesuatu lagu itu bukan mudah dan banyak pihak yang terlibat dab berkorban masa untuk menghasilkannya,"

"Saya tidak ambil kisah pun kerana kalau saya ambil tahu akan buat hati saya sakit sahaja. Muzik itu subjektif dan kalau mereka tidak suka ada orang lain yang suka.

"Di luar negara ramai penyanyi terkenal membawa lagu yang berbeza mengikut tren semasa dan mereka diterima ramai dengan muzik tersebut. Tidak semestinya lagu genre balada itu sahaja boleh jadi lagu terbaik dan berkualiti,"ujarnya kepada mStar Online.

Ayda berkata demikian ketika diminta mengulas tentang segelintir penulis blog yang menyenaraikan single keduanya Pencuri Hati sebagai lagu tidak berkualiti.

Tag : , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..