Hazama bakal berkahwin selepas hari Raya Tapi...

Pada: Selasa, 31 Mei 2016
Hazama akan mengakhiri zaman bujangnya selepas hari Raya Aidilfitri tahun ini dengan kekasihnya, Genervie Kam.

Hazama berkata lagi memetik Bharian, majlis itu akan diadakan secara sederhana.
"Kita lihat apa yang terjadi pada Stacy. Saya harap perkara sama tidak berlaku kepada Gen kerana saudara baharu tidak seharusnya berhadapan dengan tekanan sebegitu dan ia memberi imej buruk kepada kita semua.

"Kami mempunyai hasrat untuk berkahwin selepas hari raya nanti namun belum menetapkan tarikh. Lagipun kami menginginkan sebuah majlis ringkas dan sekadar akad nikah saja. Lakukan perkara wajib dan daripada membazir lebih baik wang itu dilaburkan membeli rumah.

"Saya pun sudah mencecah 32 tahun dan rasanya tidak perlu untuk bertunang atau merisik. Di atas nasihat keluarga, kami sepakat untuk mengadakan majlis seringkas mungkin," kata Hazama

Tag : , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..