Hadiah mengejutkan Hafidz Roshdi kepada isterinya

Pada: Isnin, 16 Mei 2016
Pelakon Hafidz Roshdi akan membawa isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri berbulan madu ke tiga lokasi berbeza kerana masih belum sempat berbuat demikian selepas berkahwin pada 30 April lalu.

Mereka akan bercuti ke sebuah lokasi di dalam negara pada minggu hadapan sebelum terbang ke Medan, Indonesia sebelum Ramadan dan seterusnya ke Tokyo, Jepun selepas Aidilfitri.

"Selepas berkahwin tidak sempat ke mana-mana kerana sibuk dengan penggambaran manakala isteri pula terikat dengan kuliah di universiti.

"Alhamdulillah minggu hadapan kami sama-sama lapang dan akan bercuti di dalam negara terlebih dahulu.

"Manakala percutian di Medan dan Tokyo kami mendapat tajaan," katanya kepada mStar Online.

Tag : , , , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..