Gambar terkini Mazuin Hamzah, 51 tahun.. (3 gambar)

Pada: Jumaat, 6 Mei 2016

Penyanyi Mazuin Hamzah adalah penyanyi wanita pertama Malaysia yang berkahwin dengan kerabat diraja Brunei iaitu adinda Sultan Brunei, Pengiran Muda Sufri Bolkiah; inilah wajah terbarunya yang dirakamkan di majlis perkahwinan anak saudaranya di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Dalam majlis itu, Mazuin kelihatan turut menyanyi bersama rakan-rakan artis yang lain seperti Salwa Abdul Rahman, Azlina Aziz dan Liza Aziz.

Kehadiran Mazuin yang kini berusia 51 tahun ditemani oleh tiga anaknya Pengiran Anak Ajeerah, 26, Pengiran Anak Raafi’ah, 23, dan Pengiran Muda Abdul Khaaliq 18. -MediaHiburan

Tag : , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..