Fizo Omar contoh suami terbaik, korang baca ni...

Pada: Selasa, 17 Mei 2016
Ramai yang mempersoalkan tindakan Fizo Omar, mengapa beliau yang berlebihan sedangkan perniagaan tudung Fareeda adalah milik isterinya, Mawar.

Namun, jelas Fizo sebagai seorang suami ia sudah menjadi tanggungjawab beliau untuk mempertahankan isterinya lebih-lebih lagi jika ia melibatkan soal perniagaan.

Saya tahu ada yang melontarkan kritikan mengapa saya berlebihan dalam menangani isu Fareeda. Mereka persoal mengapa tidak isteri atau ibu mertua saya ke hadapan dalam menjawab segala kontroversi.

Sebagai suami pastinya sudah menjadi tanggungjawab saya untuk mempertahankan isteri saya. Selain soal perniagaan, ini juga lebih kepada soal maruah dan harga diri. Tak mungkin saya mahu membiarkan isteri saya menghadapinya sendirian.

Dalam setiap kontroversi yang berlaku, saya ambil perkara berkenaan dari sudut positif walaupun orang melihatnya dalam sisi negatif. Benar orang teruk “membelasah” bila timbul sebarang isu.

Tapi hikmahnya pula membuatkan orang yang tak mengenali jenama Fareeda mahu mengetahuinya pula. Jika mengikut pemerhatian saya, sebanyak 40 peratus pengikut baharu Fareeda muncul. Mereka bukan sahaja sekadar membeli tapi turut menjadi ejen dan sebagainya.

Tag : , , , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..