Faye Kusairi mahu saman JAIS! PANAS

Pada: Selasa, 31 Mei 2016
Faye Kusairi bercadang meneruskan tindakan undang-undang terhadap Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang menceroboh rumah keluarganya bulan lalu.

Walau jabatan itu sudah membaiki kerosakan jeriji di pintu rumahnya, namun tindakan perlu diambil bagi mengelak kejadian sama berulang, kata pelakon itu.
“Mereka sudah betulkan pintu dan saya masih menunggu laporan siasatan. Saya dengar kosnya RM2,000 hanya untuk pemasangan sahaja kerana pintu itu perlu ditempah.

“Benda begini tidak boleh diambil remeh, jadi kita kena ikut proses perundangan walaupun mereka langgar rumah kita tanpa ikut undang-undang.

“Jadi kita ajar dia,” kata Faye, nama popular Dayangku Faratiwan Adnil Awang Kusairi, ketika dihubungi ProjekMMO petang semalam.
Jais menyerbu unit kondominium dupleks keluarga Faye pada 10 April selepas menerima aduan, kononnya pelakon drama Pujaan Hati Umi berkhalwat dengan suami orang.

Dalam kejadian kira-kira 2 pagi itu, Faye yang tiada di rumah mendakwa anggota Jais merosakkan bahagian mangga jeriji sebelum masuk dan mengejutkan adiknya yang tidur.

Faye, 29, juga berkata sehingga kini Jais belum membuat permohonan maaf dan siasatan jabatan itu berhubung insiden tersebut dijangka mengambil masa tiga bulan.

Tambahnya, peguam akan memaklumkan perkembangan terbaharu siasatan Jais sebelum beliau mengambil tindakan lanjut.
“Mereka kata [siasatan] tiga bulan dan tinggal sebulan setengah rasanya. Saya rasa selepas hari raya baru ada perkembangan.

“Belum ada [permohonan maaf] sebab mereka hendak buat siasatan dalaman. Mereka mahu memeriksa pegawai, kertas kerja, pengadu dan semuanya,” katanya memetik themalaymailonline.com.

Tag : , , , , ,

1 Komen:

Afif Rayyan 1 Jun 2016 12:44 PG

Ish2.. konfem jais tu dah rosakkan kaw2 pintu dye.. sabar jela faye

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..