Dynas Mokhtar sudah berkahwin?

Pada: Ahad, 22 Mei 2016
Baru-baru ini, pelakon Dynas Mokhtar ada memuat naik foto beliau sedang memakai tiara berserta caption yang meragukan para pengikutnya. Ramai yang meneka yang Dynas sudah berkahwin.

Namun, menurut Dynas foto tersebut hanya sekadar sesi fotografi.


Jelas Dynas, beliau sebenarnya sudah bersedia untuk berkahwin jika ada jodoh dan mengharapkan perkahwinan kali kedua ini akan kekal sehingga akhir hayat.

Saya memang sudah bersedia pada bila-bila masa untuk berkahwin. Tapi, tiada siapa yang hendak dekat dengan saya. Insya-Allah, kalau ada jodoh, saya ingin perkahwinan kali kedua kekal hingga ke akhir hayat. Saya banyak belajar daripada kegagalan lalu dan lebih berhati-hati dalam memilih pasangan." -Dynas memetik Bharian Plus
Meskipun sedang hangat bercinta dengan seorang jejaka yang juga kawan baiknya, mereka masih belum berbincang soal perkahwinan.

Tag : , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..