Dilabel jual anak untuk pendapatan, ini komen Awal Ashaari

Pada: Ahad, 29 Mei 2016
Awal Ashaari menyangkal dakwaan mempergunakan anaknya Lara Alana yang berusia dua tahun untuk meraih keuntungan dengan menjadikannya model duta produk.

Awal, 35, sebaliknya menjelaskan dia dan isterinya Scha Al-Yahya akan menapis setiap tawaran diberikan melainkan ia bersesuaian dengan umur anaknya itu.

"Rasanya istilah menjual anak itu agak kasar kerana sebagai ibu-bapa kami sentiasa memastikan tawaran yang datang ditapis terlebih dahulu dan tidak sewenang-wenangnya bersetuju.

"Bagi saya tawaran yang datang adalah rezekinya dan kebanyakannya ia turut melibatkan kami sebagai sebuah keluarga," katanya kepada mStar Online.
Dalam pada itu, Awal berkata, kesemua bayaran yang diterima disimpan dalam akaun Lara untuk kegunaan kanak-kanak itu pada masa hadapan.

Bagaimanapun kata Awal, apabila Lara memulakan pra-persekolahan dalam masa dua tahun lagi dia mahu anaknya itu menjalani kehidupan normal seperti kanak-kanak lain.

Tag : , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..