Bunga Citra Lestari dedah kenapa tidak berlakon dengan suami

Pada: Selasa, 31 Mei 2016
Ramai juga khalayak tertanya-tanya mengapakah Bunga tidak berlakon dengan suami sendiri, aktor Malaysia, Ashraf Sinclair.
“Saya dan Ashraf sudah setuju bahawa kami ngak mahu terlalu expose berlakon berdua macam pasangan artis lain.

“Bukan langsung tiada tawaran buat kami berdua, tetapi alasannya kerana kami ngak mahu terlalu dilihat bersama, nanti penonton jemu.

“Ini kerana, dalam majlis-majlis hiburan ada yang kami tampil berdua, begitu juga di dalam iklan komersil banyak menampilkan kami berdua selaku duta produk.

“Saya dan Ashraf sibuk dengan karier sendiri. Ashraf ketika ini sedang sibuk dengan penggambaran sinetron terbaru, jadi sebab itulah dia tidak dapat menemani saya untuk promosi filem My Stupid Boss di KL,” ujar Bunga kepada Mangga Online.

Tag : , , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..